nak tengok blog lain??

Sunday, 20 November 2011

Project "R"

so, aku nak cakap, balik aritu bosan, moto tadak, nak gila rasanya, yang ada bangkai moto, takleh jalan, takleh idop, so, nak tak nak, pegang la spana, bukak enjin, pinjam kat mak aku 100 hinggit, p kedai sparepart ngan member@pak sedara aku. tanya punya tanya, bajet suma ok, slack kat root ja, kena tambah lagi 100, mana cukup seyhh, setelah 4 hari bergelumang ngan minyak, dengan bantuan bapak sedara aku tuh, akhirnya siap jugak, top speed 120 kmh, pickup 1/2 km 9 saat, jalan jauh takleh sebab enjin cepat panas, alah, cakap lebih2 pon tak guna sebab korang pon tak paham kan? haha, so tengok lah moto aku nihhh ^_^
 lain kan? dah cantek ^_^
 tengok kat depan, hehe
tengok kat belakang lak, hehe
 xde kaitan pon, tapi tengok jela, hehe
 pokok jambu yang telah "dibaja", hehe
 petak bendang Abg Mizi, hehe
 Ban Sekilo, trek test drag moto, hihi
 gambo 2nd
kampong aku, hihih

nilah moto aku, jet pejuang aku, penyelamat dari terjahan polis-polis durjana yang memakan rasuah,
dan gambo kampong tempat tinggal umah aku, jangan cakap banyak, tengok sudah, pastu diam-diam, jangan kutok lak, hehehe

r.a.m.b.o.t s.a.y.a

rambutku yang panjang telahku potong, sedih, tapi nak buat camna, rambot dah macam sakai(adoyai). mahkota yang dulu mekar kini layu mcm padang bola yang terbiar(falsafah la pulak). malas nak cakap banyak, tengok la gamba2 nihh.
 rambot panjang la nih, hepi je muka
 hepi lagi time ni
 bajet stylo je buat camtu
terus bengang kes dah botak, huihh


maleh la nak gunting rambot pasni, nak simpan sampai jadik macam langsuir, haha

c.u.t.i. s.e.m.e.s.t.e.r

Lepas je abeh paper final, tibalah masa yang ditunggu setiap se-tudent2 yang malas dan manja, YES, i'm talking about semesters end, holiday time!! Bagi aku sendiri cuti tu memang la seronok, tapi kalau takde duit, sume jadik tak seronok, nak p lepak-lepak ngan member2 pon tak 'feeling', makan tak kenyang, main snooker pon dapat 2-3 frame je, clubbing jangan cakap lah, brader bouncer yang jaga kat depan Voux pon gerenti tak bagi lepas kalau tengok pakai je smart tapi fulus tadak, so tercetus la dalam kepala otak aku ni nk cari keja, pusing punya pusing sampai abeh minyak moto 5 hinggit, nampak la road block kt Jalan Kuala, nak tak nak, kena la berenti pasai lesen aku tinggal kat rumah, kebetulan lak tempat aku buat cover tu kedai carwash, borak punya borak, last skali brader carwash tu cakap ad vacancy, tapi gaji takla semahal keja kat 7E(tempat membe ak sorang keja part-time), tak kesah la janji masyukk, so aku malas nak cakap banyak lagi, tengokla sendiri tempat aku keja aritu. =.=
 ni rakan kerja aku, nama dia Tot
 Tot lagi, bajet hensem
 Porsche Cayenne, ingat keta datok mana, rupanya keta membe aku, patot la macam kenal no. plat, haha
 nampak tak sign rehat uh? selalunya orang tak nampak, aku ingatkan menatang tu khayalan aku je, haha
 iklan no plat, xde function, haha
 pandainya eja BI
tempat aku merempat cari keja, ahaha



So, abeh la buat masa ni, walaupon blog ni tadak orang tengok pon aku nak cakap gak, tengok jangan kutok ehh? papai

Friday, 18 November 2011

20 cara untuk jadikan roommate anda gila *ESPECIALLY FOR THOSE YG DAPAT ROOMATE ANNOYING GILAAA AND TAK MEMAHAMI !!

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.


2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"


3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.


4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"


5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."


7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"


8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.


9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."


10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.


11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.


13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.


14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.


15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.


16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.


17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.


18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.


19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.


20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.